Groovy Pointer 4

Monday 12 November 2012

JOM BUAT TANAH LIAT!

Rakan-rakan sekalian, sebelum ini kita sering mengunakan tanah liat yang ready made. Tapi tanah liat ini mengandungi bahan yang berbahaya untuk kanak-kanak. Jadi apa salahnya kalau kita cuba membuatnya sendiri lebih selamat.



AHAN-BAHAN:

* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan garam halus
* 1 cawan air
* 1 sudu makan minyak minyak masak.
* beberapa warna jenis warna

Cara-cara membuatnya:

1) Campurkan tepung,garam dan air di dalam mangkuk. Kemudian tambahkan minyak masak  
    untuk mengelakkan doh menjadi keras.

2) Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut jumlah warna yang   
    disediakan,selepas itu titikkan beberapa titik warna bagi setiap bahagian.Warna ikut 
    selera masing masing. Kemudian uli sehingga warna rata.

3) Setelah itu, simpan doh yang telah siap di uli dalam bekas yang kedap udara.
    Doh ini boleh digunakan untuk aktiviti didalam kelas sama ada membentuk huruf dan 
    nombor atau objek lain.

dibawah ini ialah video tutorial untuk membuat tanah liat! selamat mencuba! :)





MARI KITA LIHAT AKTIVITI MEMBUAT TANAH LIAT YANG 
DIJALANKAN DI PRASEKOLAH SERI KENANGA!









9 comments:

  1. Terima kasih..Halimah idea yg menarik.Saya nak cubalah.

    ReplyDelete
  2. Assalam.terimakasih cikgu...saya dah berjaya membuatnya.

    ReplyDelete
  3. Mah...anak saya asyik main doh ni aje.suka sangat dia.

    ReplyDelete
  4. Saya akan cuba resepi ini .tq cikgu

    ReplyDelete
  5. Good idea! I cant try..

    ReplyDelete
  6. Good idea! I cant try..

    ReplyDelete
  7. Tahniah, satu aktiviti yang sememangnya menarik minat murid.

    ReplyDelete
  8. Tahniah, satu aktiviti yang sememangnya menarik minat murid.

    ReplyDelete
  9. Idea yg baik...macam-macam boleh buat dgn tanah liat ya...

    ReplyDelete