Groovy Pointer 4

Sunday 14 October 2012

Pantun kanak-kanak


Anak katak terlompat-lompat,
Terlompat-lompat di tepi paya,
Janganlah kita suka mengumpat,
Kelak hilang semua pahala.

Enak rasanya ikan gelama,
Jika dimasak secukup rasa,
Solat itu tiang agama,
Perlu dijaga setiap masa.

Lemak kubis santan kelapa,
Ikan haruan dimasak cuka,
Taatlah kepada ibu dan bapa,
Jangan menjadi anak derhaka.

Pohon sena tumbuh menjulang,
Pandan semerbak tepian mempelas,
Bila Ramadhan mulai menjelang,
Puasalah dengan hati yang ikhlas.

Pak tani membeli baja,
Baja ditabur di sawah padi,
Hidup ini sementara sahaja,
Akhirat di sana kekal abadi.






Wednesday 10 October 2012

Mengenal Huruf

Mari Belajar Mengenal Huruf



Bahan Mengenal Huruf  ABC ini merupakan slide untuk murid-murid mengenal huruf a-z huruf kecil dan A-Z huruf besar, ini kerana kebanyakkan murid Prasekolah masih belum dapat menguasai huruf ABC ini dengan baik. Diharapkan bahan ini dapat digunakan untuk membantu penguasaan murid-murid kita yang masih belum mengenal huruf ABC dengan baik.

Bahan boleh diambil di SINI

Tuesday 9 October 2012

Mari Belajar Membaca - SUKU KATA

SUKU KATA

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbukaSuku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Video dibawah dapat menerangkan dengan lebij lanjut mengenai suku kata terbuka dan suku kata tertutup.


Monday 8 October 2012

Selamat Datang ke Blog Bicara Hati Halimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat datang diucapkan ke Blog saya. Saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai bahan-bahan yang berkaitan dengan prasekolah. Segala pengalaman dan bahan akan saya kongsikan. semoga apa yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua.