Groovy Pointer 4

Monday 12 November 2012

PERSEKITARAN PRASEKOLAH SERI KENANGA


Persekitaran prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang; Peranan guru penting sebagai pembimbing, pengasuh dan pendorong ke arah perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani.Persektiaran harus selesa dan selamat, riang serta penuh kasih sayang; dan persekitaran di tadika seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalaman mereka.

Gambar dibawah adalah beberapa gambar persekitaran prasekolah seri kenanga yang selamat, bersih dan ceria :





PENGENALAN KEPADA PRASEKOLAH

Visi Prasekolah

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"

Misi Prasekolah

"Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara."


Matlamat Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

 Objektif Pendidikan Prasekolah
  1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
  2. Mengunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.
  3. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
  4. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukan sebagai bahasa kedua.
  5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  7. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikur dan kemahiran menyelesaikan masalah
  8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
  9. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.
  10. Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

 Pendidikan Awal Kanak-kanak

Dalam melaksanakan program prasekolah, guru dan pelaksana tadika perlu mengetahui dan memehami perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur ini. Ini bertujuan agar mereka boleh menggubahsuai kurikulum mengikut kesesuaian peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat murid.
Untuk keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak, kurikulum perlu dirancang dan distrukturkan mengikut:-
  • Titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat
  • Bahan atau kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan keperluan kanak-kanak.
  • Merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.

Faktor Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah
Guru dan pelaksana tadika perlu memberi perhatian kepada faktor-faktor berikut dalam pelaksaan kurikulum prasekolah iaitu:
  • Ciri-ciri kanak-kanak
  • Alam persekitaran
  • Prinsip pembelajaran
  • Aktiviti yang terancang

 Ciri-ciri Kanak-kanak

  • Kanak-kanak pada peringkat umur ini berada dalam tahap perkembangan kognitif peringkat praoperasi;
  • kanak-kanak perlu menguasai penggunaan motor kasar, motor halus dan koordinasi pergerakan mata dan tangan;
  • Kanak-kanak sentiasa didorong oleh semangat ingin tahu yang menyebabkan mereka sentiasa cerdas dan cenderung untuk berkomunikasi;
  • Kanak-kanak perlukan perlindungan dan kasih sayang untuk memupuk perasaan yakin diri;
  • Kanak-kanak adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain.

Alam Sekitar
  • Alam persekitaran prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang;
  • Peranan guru penting sebagai pembimbing, pengasuh dan pendorong ke arah perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani;
  • Alam sekitar harus selesa dan selamat, riang serta penuh kasih sayang; dan
  • persekitaran di tadika seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalaman mereka.

prinsip Pembelajaran
  • Latar belakang murid yang berbeza;
  • Perbezaan individu menentukan masa yang sesuai untuk belajar dan kadar kemampuan memperolehi ilmu pengetahuan;
  • Semua deria murid digunakan dalam aktiviti pembelajaran;
  • Pembelajaran melalui pengalaman yang menggunakan bahan maujud ditekankan;
  • Belajar melalui bermain dalam suasana riang diutamakan;
  • Pembelajaran hendaklah dijalankan secara bersepadu;
  • Interaksi yang mesra antara murid dengan guru,pengasuh, rakan sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan.

Aktiviti Terancang
  • Aktiviti prasekolah perlu dirancang dan dilaksanakan selaras dengan perkembangan murid supaya setiap murid mendapat peluang yang sama dalam pengalaman pembelajarannya;
  • Aktiviti dihubungkaitkan di antara satu komponen dengan komponen yang lain supaya murid mendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh; dan
  • Prinsip fliksibility dan mudah ubah ditekankan dalam semua aktiviti.

Komponen Kurikulum Kebangsaan Prasekolah
  1. Komponen Bahasa dan komunikasi
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Cina
    3. Bahasa Inggeris

  2. Komponen Perkembangan Kognitif
    1. Matematik
    2. Awal Sains

  3. Komponen Pendidikan Kerohanian dan Moral
    1. Pendidikan Islam
    2. Pendidikan Moral

  4. Komponen Perkembangan Sosioemosi

  5. Komponen Perkembangan Fizikal

  6. Komponen Kreativiti dan Estetika
    1. Pendidikan Seni
    2. Pendidikan Muzik

JOM BUAT TANAH LIAT!

Rakan-rakan sekalian, sebelum ini kita sering mengunakan tanah liat yang ready made. Tapi tanah liat ini mengandungi bahan yang berbahaya untuk kanak-kanak. Jadi apa salahnya kalau kita cuba membuatnya sendiri lebih selamat.



AHAN-BAHAN:

* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan garam halus
* 1 cawan air
* 1 sudu makan minyak minyak masak.
* beberapa warna jenis warna

Cara-cara membuatnya:

1) Campurkan tepung,garam dan air di dalam mangkuk. Kemudian tambahkan minyak masak  
    untuk mengelakkan doh menjadi keras.

2) Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut jumlah warna yang   
    disediakan,selepas itu titikkan beberapa titik warna bagi setiap bahagian.Warna ikut 
    selera masing masing. Kemudian uli sehingga warna rata.

3) Setelah itu, simpan doh yang telah siap di uli dalam bekas yang kedap udara.
    Doh ini boleh digunakan untuk aktiviti didalam kelas sama ada membentuk huruf dan 
    nombor atau objek lain.

dibawah ini ialah video tutorial untuk membuat tanah liat! selamat mencuba! :)





MARI KITA LIHAT AKTIVITI MEMBUAT TANAH LIAT YANG 
DIJALANKAN DI PRASEKOLAH SERI KENANGA!









Sunday 14 October 2012

Pantun kanak-kanak


Anak katak terlompat-lompat,
Terlompat-lompat di tepi paya,
Janganlah kita suka mengumpat,
Kelak hilang semua pahala.

Enak rasanya ikan gelama,
Jika dimasak secukup rasa,
Solat itu tiang agama,
Perlu dijaga setiap masa.

Lemak kubis santan kelapa,
Ikan haruan dimasak cuka,
Taatlah kepada ibu dan bapa,
Jangan menjadi anak derhaka.

Pohon sena tumbuh menjulang,
Pandan semerbak tepian mempelas,
Bila Ramadhan mulai menjelang,
Puasalah dengan hati yang ikhlas.

Pak tani membeli baja,
Baja ditabur di sawah padi,
Hidup ini sementara sahaja,
Akhirat di sana kekal abadi.






Wednesday 10 October 2012

Mengenal Huruf

Mari Belajar Mengenal Huruf



Bahan Mengenal Huruf  ABC ini merupakan slide untuk murid-murid mengenal huruf a-z huruf kecil dan A-Z huruf besar, ini kerana kebanyakkan murid Prasekolah masih belum dapat menguasai huruf ABC ini dengan baik. Diharapkan bahan ini dapat digunakan untuk membantu penguasaan murid-murid kita yang masih belum mengenal huruf ABC dengan baik.

Bahan boleh diambil di SINI

Tuesday 9 October 2012

Mari Belajar Membaca - SUKU KATA

SUKU KATA

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbukaSuku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Video dibawah dapat menerangkan dengan lebij lanjut mengenai suku kata terbuka dan suku kata tertutup.


Monday 8 October 2012

Selamat Datang ke Blog Bicara Hati Halimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat datang diucapkan ke Blog saya. Saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai bahan-bahan yang berkaitan dengan prasekolah. Segala pengalaman dan bahan akan saya kongsikan. semoga apa yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua.