Groovy Pointer 4

Sunday 14 October 2012

Pantun kanak-kanak


Anak katak terlompat-lompat,
Terlompat-lompat di tepi paya,
Janganlah kita suka mengumpat,
Kelak hilang semua pahala.

Enak rasanya ikan gelama,
Jika dimasak secukup rasa,
Solat itu tiang agama,
Perlu dijaga setiap masa.

Lemak kubis santan kelapa,
Ikan haruan dimasak cuka,
Taatlah kepada ibu dan bapa,
Jangan menjadi anak derhaka.

Pohon sena tumbuh menjulang,
Pandan semerbak tepian mempelas,
Bila Ramadhan mulai menjelang,
Puasalah dengan hati yang ikhlas.

Pak tani membeli baja,
Baja ditabur di sawah padi,
Hidup ini sementara sahaja,
Akhirat di sana kekal abadi.






6 comments:

  1. cikgu Halimah...masukkanlah pantun kanak-kanak yang kita dah belajar dalam kelas...saya suka pantun itu.

    ReplyDelete
  2. Ok.. Aimi nanti cikgu masukkan ya

    ReplyDelete
  3. Tambahkan pantun lagi

    ReplyDelete
  4. Pantun 2 kerat pun menarik

    ReplyDelete